SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Cadangan penubuhan Sekolah Kebangsaan Kumawanan atau dikenali sebagai Native Voluntry School pada masa itu dibuat pada awal tahun 1963. Penubuhan sekolah ini adalah atas permintaan penduduk di empat buah kampung iaitu Kg Kumawanan, Kg. Watang, Kg Tohan dan Kg Pahu. Ketua-ketua kampung di empat buah kampung terlibat, dengan kerjasama ibu bapa telah bermesyuarat bagi penubuhan sebuah sekolah. Sebelum ini, anak-anak kampung bersekolah di NVS Geras yang jauhnya kira-kira 6 batu. Memandangkan kedudukan sekolah terlalu jauh dan jalan yang dilalui adalah jalan hutan, maka kebanyakan pelajar waktu itu bermasalah untuk datang ke sekolah.
Ketua kampung yang menerajui penubuhan sebuah sekolah ialah En. Ambing bin Yamod ketua kampung Kg Kumawanan , En. Adang B Banduan ketua Kg Pahu, En Iting Abangga ketua Kg Tohan dan En Undahal B Imbuoi ketua Kg Watang.
Dengan kerjasama dari penduduk yang terlibat, sebuah sekolah bambu telah didirikan pada awal tahun 1963. Segala perabot seperti kerusi merja dibuat daripada bambu dan kayu bulat.
Cikgu Kasmir bin Yosing adalah guru yang pertama mengajar di sekolah ini. Pada mulanya, gaji beliau dibayar oleh orang kampung ini. En Ekon Raimin Batinda telah dilantik sebagai Supervisor tanpa gaji. Tugas beliau adalah menyelia keadaan sekolah dan menjalankan kutipan dari orang kampung.
Pada akhir tahun 1963 Cikgu Kasmir bin Yosing dilantik secara sah oleh Jabatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, orang kampung masih lagi menyumbangkan makanan seperti sayur-sayuran kepada beliau. Pada tahun 1967 barulah kerajaan membina sebuah sekolah dan sebuah rumah guru, dan pada tahun 1972, sebuah rumah guru dan sebuah bangunan sekolah telah dibina. Sebuah bangunan sekolah projek kilat yang mengandungi tiga bilik darjah, sebuah bilik guru, dan sebuah bilik pentadbiran didirikan.
Kini, keluasan keseluruhan SK Kumawanan ini ialah 3 ekar bidang tanah yang terdiri daripada 2 blok bangunan dan dua bangunan kecil, iaitu meliputi dua bangunan - enam bilik darjah dengan satu bilik guru, pusat sumber, bilik akses dan bilik ICT, dua bangunan kecil digunakan sebagai Kelas Pemulihan Khas dan Surau dan mempunyai empat buah rumah guru.
Jumlah keseluruhan murid sekarang adalah seramai 50 orang dan sekolah ini adalah dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Tenaga pengajar di sekolah ini adalah seramai 9 orang guru termasuk Guru Besar, iaitu
En Yassin Kunan (GB), En. Johny Makajil (PKI), En. Haidi Hamidin (PK HEM), En . Jahali Abd Aziz (PK Ko-Kum), En. Abu Hassan, En. Adzlan Rakimin, Pn. Anidah Peman, En. James Jr Kundau, En. Rakimin Gamid, 2 orang guru pelatih IPKS iaitu Hamidah Adusin dan Junidah Labaja, dan 2 orang kakitangan bukan mengajar iaitu Dg. Rosjiah dan Walter.
Sekolah ini adalah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Tambunan dan berikut adalah senarai guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini:

1. Kasmir Yosing 1964-1971
2. Golomou Gansing 1971-1971
3. Wahid Hj Kapal Januari 1973-April 1973
4. Zailin Galurin April 1973-Ogos 1973
5. Mohd Ali Dihol 1973-1976
6. Idris Maidin 1976-1979
7. Abd Aziz S Raimin 1979-1988
8. Nordin Lawanding 1988-2002
9. Yassin Kunan 2002-sekarang


MISI SEKOLAH
Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dilaksanakan dengan berkualiti untuk mencapai prestasi cemerlang dan gemilang.

VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kumawanan cemerlang menjelang tahun 2010.

MOTO SEKOLAH: "Usaha Sumber Kejayaan"